PROJEK
Projek di Lemal, Kelantan ini melibatkan pembinaan dan pemasangan pelbagai jenis kabinet serta kemasan dalaman mengikut keperluan pelanggan, termasuk kabinet dapur, wardrobe, kabinet TV, rak display serta kemasan fluted pada tangga. Reka bentuk yang digunakan menekankan konsep moden dan praktikal bagi memastikan setiap ruang dimanfaatkan dengan baik.
Penggunaan material berkualiti tinggi memastikan hasil yang tahan lama, kemas dan mudah diselenggara. Hasil akhir projek ini berjaya memberikan sentuhan yang lebih elegan dan tersusun, sekaligus meningkatkan keselesaan serta nilai estetika keseluruhan ruang dalaman rumah.
Kabinet dapur menggunakan material aluminium sepenuhnya yang tahan air, tidak berkarat dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang
Kabinet TV juga menggunakan blockboard yang memberikan kemasan yang lebih premium dan sesuai dengan konsep ruang tamu.
Wardrobe menggunakan material blockboard yang kukuh l, sesuai untuk penyimpanan pakaian dengan kemasan yang kemas dan tahan lama.
Rak display menggunakan blockboard bagi memastikan struktur yang kuat untuk menampung barang hiasan, di samping memberikan rupa yang moden dan teratur.
Kemasan fluted pada tangga menambah elemen dekoratif yang moden dan elegan, sekaligus menaikkan nilai estetika keseluruhan ruang dalaman rumah.
LOKASI LEMAL,PASIR MAS
JENIS PROJECT KABINET TV, KABINET DAPUR,ALMARI PAKAIAN RAK DISPLAY, FLUTED TANGGA
STATUS 🟢 SELESAI
Ingat MFA Home , Ingat Kabinet Kalis B.A.K.A.R