PROJEK
Projek hiasan dalaman ini di Salor, Kelantan melibatkan pembinaan dan pemasangan kabinet serta kemasan dinding tersuai mengikut keperluan pelanggan, termasuk kabinet dapur berketinggian penuh. Reka bentuk yang digunakan menekankan gabungan konsep bagi memastikan setiap ruang dimanfaatkan dengan baik serta saling terhubung secara harmoni.
Penggunaan material berkualiti tinggi seperti aluminium dipadankan dengan sistem pencahayaan LED tersembunyi memastikan hasil yang tahan lama, kemas, dan mudah diselenggara. Hasil akhir projek ini berjaya memberikan sentuhan yang lebih elegan, tenang, dan tersusun, sekaligus meningkatkan keselesaan serta nilai estetika keseluruhan ruang dalaman rumah.
Menggunakan material berkualiti tinggi iaitu aluminium yang tahan air, tidak berkarat dan sesuai untuk kegunaan harian yang praktikal serta tahan lama.
Dinding utama ruang tamu dihiasi dengan rak paparan berbentuk arka simetri dan konsol TV jenis terapung dengan perincian pintu. Dilengkapi dengan sistem pencahayaan LED tersembunyi.
LOKASI SALOR, KOTA BHARU
JENIS PROJECT KABINET DAPUR, RAK DISPLAY
STATUS 🟢 SELESAI
Ingat MFA Home , Ingat Kabinet Kalis B.A.K.A.R