PROJEK
Projek di Pasir Putih, Kelantan ini melibatkan pembinaan dan pemasangan kabinet dengan reka bentuk-L mengikut keperluan ruang pelanggan. Reka bentuk yang dipilih menekankan konsep moden, praktikal dan estetik, disesuaikan secara teliti di sekeliling ruangan tingkap bagi memastikan pencahayaan semula jadi dapur kekal optimum.
Kabinet dapur ini menggunakan material berkualiti tinggi dengan kemasan pintu bercorak hitam yang unik serta pemegang pintu berwarna emas. Ia dilengkapi dengan rak pengering pinggan terbina dalam, serta rak paparan terbuka di bahagian tepi, menjadikannya sebuah pilihan yang bukan sahaja tahan lama dan mudah diselenggara untuk kegunaan harian, malah memberikan sentuhan yang lebih elegan, tersusun dan premium pada ruang dalaman rumah.
Menggunakan material berkualiti tinggi yang tahan air dan mudah diselenggara dengan rekaan bentuk-L yang praktikal. Menampilkan kemasan dan pemegang emas bagi memastikan ruang dapur tampil lebih moden, ringkas, teratur dan selesa digunakan.
Pemasangan hiasan dinding yang menggabungkan struktur panel kayu menegak dengan hasil kemasan yang sangat rapi dan teliti. Rekaan praktikal ini bertindak sebagai feature wall utama yang menaikkan seri, kemewahan, dan keunikan ruang dalaman rumah.
LOKASI PASIR PUTIH, KELANTAN
JENIS PROJECT KABINET DAPUR, FLUTED WALL PANEL
STATUS 🟢 SELESAI
Ingat MFA Home , Ingat Kabinet Kalis B.A.K.A.R